Masalah utama yang aku nampak orang tertanya-tanya, makanan ni halal ke tak walaupun dah terang-terang ada tanda cop halal, ditambah pulak dah berapa lama makan lepas tu baru tertanya-tanya halal atau tak. Soal pasal halal atau tak ni semua berpunca dari post-post dekat wall FB rakan-rakan korang pasal senarai makanan atau produk harian yang dikatakan ada bahan tau sumber yang tak patut telah dicampur dalam produk tu (pandai korang lar fikir apa benda tu). Bukan sekali dua aku jumpa, kalau zaman sebelum internet berkembang dihantar kat peti surat, lepas tu kat email (masa internet baru nak mula berkembang), lepas tu kat wall FB rakan-rakan korang, siap tag korang lagi tu. Lepas dah baca, korang mesti cakap macam ayat begini (aku rasa, kalau ada lain-lain reka sendiri):
- Ler, dah tak boleh makan dah!! Rupanya ada bahan itu-ini (bahan campuran yang tak best).
- Rupanya cop halal tu palsu??!!
- Betul ke senarai ni??
Benda macam ni dah menimbulkan keraguan dah, bila nak makan dari boleh makan dah jatuh ke syubhah, maksud aku walaupun korang nampak cop halal tapi masih tertanya boleh makan ke tak, itu dah menimbulkan keraguan. Tapi bagi aku, aku masih lagi percaya dan yakin dengan tanda cop halal sebab JAKIM yang mengesahkan produk tersebut. Tapi kalau korang dah tertanya boleh makan ke tak, lebih baik jangan makan, itu yang aku ingat masa aku belajar kat sekolah dulu. Pasal senarai makanan yang selalu nampak dekat wall FB tu, aku rasa tu bergantung pada masing-masing, bukan bermaksud aku ni jenis pukul rata semua nak makan tanpa tau halal ke tak. Aku bagi contoh yang dah berlaku, pasal air Barbican. Aku rasa semua orang dah tau, tapi aku kasi sikit cerita aku dengan air ni. Memula sekali, terus terang aku tak pernah minum nie walaupun dalam hati memang aku terasa nak minum air tu (sebelum dikatakan tak boleh minum). Pernah sekali aku tanya kat budak 7E (7 Eleven) apa rasa air ni, dia cakap macam sparkling, aku pun tak tau sparkling tu apa, tapi tak beli lagi. Lepas aku terbaca akhbar kata air Barbican tak boleh minum pasal cakap ada kandungan alkohol, aku jadi tertanya, tak silap aku air ni asalnya dari negara teluk (tak silap aku salah satu dari negara Islam tapi aku dah lupa). Lepas statement tu, aku cuba ikut isu air tu, sampai keluar satu statement dari wakil pembuat air Barbican, "takkan kami nak bagi minum air haram pada saudara sesama (saudara seislam kot) kami". Tak lama lepas tu terus kata air Barbican ni haram. Ada sehari tu aku pergi 7E, aku hairan dulu air tu letak dekat luar, mana pulak air tu??? Aku tanya kat budak 7E, "mana air Barbican tu?? Dulu ada kat luar, dah tak jual ker??". Budak 7E tu pulak jawab, "dah masuk kat peti ais arak dah, sebab dekat akhbar dah kata haram". Terkejut aku masa tu, terus ambil tindakan drastik bebudak 7E ni. Dalam 2 minggu lepas tu pulak, tengah aku baca akhbar tiba-tiba kata air Barbican ni halal pulak. Sudah, ini dah menimbulkan kecelaruan. Pergi ke 7E lepas tu air Barbican tu ada balik dekat luar, samada keluarkan dari peti ais arak atau stok baru dah sampai terus letak dekat luar. Ini memang pengalaman aku, bukan aku sengaja buat-buat. Bila hal macam ni dah jadi memang aku jadi tak nak minum terus, sebab bila aku dengar dah pernah masuk dalam peti ais arak, aku sendiri tengok air tu memang ada sekali. Mungkin ambil masa untuk aku percaya air tu benar-benar boleh minum.

Satu contoh lagi, aku pernah tengok dekat list produk yang kononya haram (ni dekat wall kengkwan korang lar ni) coklat Cadburry pun masuk list ni. Tapi aku tengok tak ada pun tindakan susulan yang kata Cadburry ni haram. Sebab cop halal ada lagi , tapi kalu ada pun cop halal tu tapi coklat ni tak dilabelkan pun "non-muslim" (biasanya kalau label ni mesti ada dekat mana-mana market kalau bukan untuk orang Islam), so dah tentulah boleh makan, lain cerita kalau korang tertanya boleh makan ke tak, lebih baik jangan makan. Pada aku kalau nak jadi cerita makanan tu kalau dah kata haram, amat wajar umumkan dekat TV atau corong-corong radio sebab bagi aku kalau dah ada pengumuman ni, ia adalah official atau dipercayai. Contohnya pengumuman puasa, kalau dah dekat TV dah kata esok puasa sebab anak bulan dah kelihatan (ayat Senario), dah tentu korang esok mesti puasa. Sama jugalah dengan pengumuman raya, dah tentulah esoknya korang kena sambut raya, takkanlah korang nak puasa lagi pasal berpuasa masa raya pertama adalah haram. Tak ada apa yang nak ditakutkan, sebab kalau dah bagi pengumuman kat produk ni haram semua benda dah jadi mudah, orang tak lagi tertanya-tanya pasal semua dah tau haram, jangan ambil lagi. Tak ada lagi orang nak post dekat wall FB pasal list produk itu-ini rupanya haram (padahal diragui kesahihannya), takut nanti jadi fitnah, nak gulungkan tikar orang. Maksud aku jangan main post je list itu-ini sebenarnya haram (kononnya), memang akan menimbulkan keraguan dan kekeliruan orang.
Pasal air Barbican tu walaupun kata dah halal tapi aku tak minum jugak walaupun aku tak tahu apa bahannya tapi disebabkan aku dah pernah nampak masuk dalam peti ais arak, confirm lar aku tak minum. Tapi coklat Cadburry tu aku masih makan jugak, sebab tak pernah aku nampak diletak label non-muslim, tiada keraguan, titik. Ini semua cuma pendapat aku saja, aku masih lagi yakin dengan kredebiliti JAKIM serta cop halal yang official, mudah saja dioranglah yang tanggung dosa kalau bagi maklumat yang salah. Semua ini bergantung pada diri sendiri, kalau korang tertanya "boleh ke tak ambli produk ni", ada baiknya tolak tepi sebab dah timbul keraguan dekat benak pemikiran korang.
p/s: Kalau korang rasa aku salah abaikan terus post ni, lupakan. Aku masih yakin dengan JAKIM. Thanks dengan pendapat ko Abu...
Danke und Auf Wiedersehen

0 comments:
Post a Comment