Thursday, July 28, 2011

Silap kecik

Orang selalu kata, kalau dah tak tau sangat jer internet. Nak-nak pulak selalu dah dengar ayat berbunyi camni "aku tak tau lar, ko search jer kat google, kalau keluar result dier tu ko carik lar sendiri". So bukak lar google sambil mencari apa yang nak dicari. Tak lupa gak ada yang tak tau sesetengah ayat atau translation bukak google translate untuk terjemah ayat yang tak tau. Bermacam bahasa yang ada kat situ, tapi bila kena Bahasa Malaysia translation dier terus lari, too straight, kalau korang baca pun kelakar bunyi dier, aku jamin, tak caya try lar translate dengan ayat yang panjang, cuba dalam 30 patah perkataan. Endingnyer kena tengok kamus gak, tapi biasa tak ramai yang nak bukak kamus (nie perkara biasa), seeloknya kamus tu letak kat sebelah komputer siap-siap.

Ok, aku bukan nak bagi komen atau analyse pasal google translate ni, tapi aku nak ulas sikit pasal Wikipedia. Aku rasa ramai yang tau web nie, lebih kepada ensiklopedia web. Bermacam jenis maklumat ada termasuk lar profile selebriti, pemain bola atau tokoh negara. tak lupa gak pasal agama, tapi bila masuk penerangan agama Islam ada masa korang jangan percaya bulat-bulat apa yang ada kat situ (sesetengah fakta salah). Sila tatap dulu gambar dibawah ini (kalau kabur, korang cuba besarkan, untuk lagi jelas):

1st image

2nd image


Aku bagi masa 2 minit jer cari apa perbezaan kat situ. OK masa dah time, kalo korang tak dapat gak cari biar aku bagitau. Cuba korang tengok tarikh lahir dier, satu betul satu lagi salah atau dua-dau tak betul, hahaha. Tu bermakna yang buat internet nie pun manusia gak. So memang sahih lar manusia tak lari dari kesilapan, bukan tak boleh selalu buat silap tapi mesti lebih berhati-hati. Sebab tu aku dah cakap tadi jangan percaya bulat-bulat Wikipedia ni (padahal bukak jugak, hahah). Saper pulak mamat nie, kalo korang pernah tengok cerita 21, yang pasal budak genius main blackjack tu (cerita tahun 2008), dia nie boleh aku kata best gak lakonan dia, setakat ini cerita yang dia lakonkan bersadarkan kisah sebenar. Contoh, Fifty Dead Man Walking, cerita pasal selamatkan orang dari nak kena bunuh dengan IRA. The Way Back, cerita pasal lari dari penjara Russia pastu selamatkan diri sejauh mungkin sampai pergi India dengan berjalan kaki. Aku cadangkan korang try lar tengok cerita nie (pada aku best lar).

Memang tabiat aku kalau nak tengok cerita aku nak tau siapa pelakon dia, kalau cerita tajuk cam tak best, pelakon tak ramai tau tapi pandai bawa watak, memang best lar cerita tu. tapi aku tak sekali nak baca plot cerita tu sebelum tengok pasal nanti dah tak surprise dah cerita tu.

p/s: kalau dah tengok wayang jangan cerita kat orang, paling teruk pun cakap "best gler cter tu", so orng dah encourage nak tau apa isi cerita tu.

Danke und Auf Wiedersehen


0 comments:

Post a Comment