Tuesday, July 26, 2011

Pengajaran Dari Stadium

Sepanjang 2 minggu lepas, boleh dikatakan minggu EPL Asia Tour yang mana Arsenal, Liverpool dan Chelsea bertandang ke Stadium Bukit Jalil. Memang aku rasa dah banyak kali Big Four kecuali Liverpool datang Malaysia, yang aku tau Liverpool datang buat pertama kali dalam sejarah, memang jauh lebih meriah bagi aku masa tu, aku takkan lupa sampai mati.

Cerita sikit tentang 16/7/2011 lepas yang mana Liverpool Tour lawan Malaysia, baru aku tau macam mana suasana atau gelagat masa kat stadium tu, ambil gambar tu biasa lar, melalak sokong pasukan kegemaran masing-masing dan macam-macam lagi lar. Tapi kali nie cerita sikit pasal pakai baju lawan paling ketat ke stadium yang pasukan tersebut langsung tak datang, tapi lebih kepada nak malukan diri sendiri (nie aku tak faham). Sila tatap gambar dibawah:

1st: Masa training session Liverpool


2nd: Nie aku tak tau bler tapi masa Chelsea Tour


Dari kedua-dua gambar ini, susah aku nak kelaskan individu nie reckless (berani tak bertempat) ker atau saja nak malukan diri. Tapi aku rasa gambar 1st tu ramai dah tengok video dier sampai keluar gak kat DailyMail.co.uk. Tapi gambar 2nd tu aku tengok macam aksi mat rempit nak merogol (maaf, nie jer dapat aku kelaskan), lagi teruk. Kalau perempuan camner lar agaknyer. So apa yang aku dapat senang jer

Sila jangan pakai baju seteru ketat semasa datang stadium jika tiada kena mengena dalam perlawanan tersebut.

Statement ini dah cukup nak selamatkan korang dari bermacam bentuk malu yang akan korang terkena nanti, jangan salahkan diorang pasal diorang buat camtu. Orang nak cari pasal nie macam-macam akan dicari, so pandai-pandailah. Satu benda saja aku jamin kat korang, kalau benda camnie berlaku kat depan mata aku, aku takkan join mangkuk-mangkuk nie provoke orang macam nie. Paling teruk pun aku tengok dan tersenyum. Aku masih ada hati dan perasaan.

p/s: Champion League lepas MU vs Barcelona, tapi aku pakai baju Stuttgart. Heheh...

Danke und Auf Wiedersehen

0 comments:

Post a Comment