Abang Faizal - Nie abang sedara aku, layan kepala gak die nie.
Abang Anwar - Abang sedara aku gak, orang utara.
Abang Yusri - Sedara jauh belah Abang Anwar, pun orang utara gak.
Aie - Sedara sama umur ngan aku, adik kepada Abang Faizal.
Sabirin - Adik aku.
Aku - Akulah, saper lagi. Hehehe...
Start cerita, lebih kurang raya dalam 2 tahun lepas, start taun 2008 tak silap aku, kitorang berempat nie dah start berjalan meronda kat Penang nie. Tahun 2008, malam raya tu (esok nak raya), pergi tengok Champions League sekali 2 match, Manchester United vs Aalborg BK ngan Arsenal vs FC Porto. Mana tak nyer giler, dah atau malam raya keluar pukul 2.00 pagi untuk tengok bola. Nasib baek ler kat area situ ader warung bukak lagi, tapi dah nak kemas dah. Kitorang cakap lar kat brader tu, ader match bola nie, so die tukar Channel 812, tengok lar, masa tu game Manchester, memang boring. Tukar Channel 813 pulak, match Arsenal, dengan pemain muda maen cantik, ader sorang brader situ cakap "camnie ler maen bola!".
Tahun 2009, adik aku dah fly ke UK, raya time tu kurang sorang, malam raya pergi ke pulau. Masa nie just roung-round jer, ader barang best beli lar. Raya pertama malam pulak tengok match Manchester United vs Manchester City (bola lagi), part nak cari parking tu punya lar seksa, last-last ternampak parking kosong kat McD, so lepak situ lar. Itu antara match yang aku takleh lupa seumur hidup, fight each other yang mana berakhir dengan United menang 4-3.
Tahun nie pulak adik aku beraya kat sini, so kitorang berempat plan nak berjalan. Pagi tu aku keluar sekejap ngan ex-roomate (roomate masa tahun 1 ngan 2 aku), Mat Nor pegi beraya rumah Otai (aku lupa nama dier nie tapi itu lar kitorang panggil). Agak lama lar gak kitorang gi beraya, maklum lar lepas Diploma tahun 2008 dulu baru sekarang dapat jumpa, so berbual lama lar jugak. Tapi dalam masa yang sama aku harap jangan lar diorang tinggalkan aku. Pastu tengok jam dah pukul 4.15 petang, kitorang menyusul. Nasib baek lar aku sempat sampai, kalau tak kene tinggal lar aku (korang memang terbaek). Dengan sedara pompuan kitorang ke Jusco Bukit Mertajam dulu, kitorang gerak lambat sikit, yang perempuan naek kerata Abang Abang Anwar, yang bestnyer kitorang gerak lambat sikit tapi dengan Garmin GPS, kitorang tak sesat, ironic-nyer, kitorang sampai dulu, walaupun Abang Anwar aku dah keluar awal, ditambah pulak dah lama tinggal situ, hehehe. Sampai situ pulak, plan nak tengok wayang tapi wayang dah full ditambah pulak masa tak mengizinkan, so maen game arked jer lar, pastu makan kat McD beramai-ramai, then balik. Time nak balik tu, Abang Faizal cakap "nak ke pulau tak??". Kitorang pun no hal lar, isi minyak kerata, set kat GPS nak ke pulau then jalan. Kitorang lepak kat Queensbay jer, sampai situ nampak funfair, sebab baru sekali jer pegi then masuk lar. Memula maen bumper car, agak seronok lar jugak, tapi yang tak bestnyer kat keter ntah air saper yang tertumpah, so masa langgar mercik ler sikit, bikin panas gak aku time tu. Lepas tu try pulak maen, aper aku nak mention pun tak tau benda-alah tu, tapi kitorang panggil Topgun, sebab kat situ nama dier topgun. Nie ader sikit gambar dier.


Tengok punya tengok tetiba Abang Faizal cakap, "weh jom try naek, nampak thrill jer.", aku pulak cakap, "jom ar asek tengok jer, try ar jom". Yang laen pun on jer, terus tukar token. Yang Abang Faizal ngan Aie pulak dah nak dok depan, aku ngan aku ngan adik aku dok belakang diorang jer. Topgun tu start, sesi rolling bermula, menjerit-jerit tu biasa lar, tapi part yang paling ngeri tu bila dier stay kat atas dalam keadaan terbalik, pastu kebelakang. Dalam 4 minit lar jugak dier berpusing. Habis jer kitorang lepak kat tepi pantai pasal dah penat naek Topgun tu. Yang tak tahan tu Abang Faizal sampai berpeluh pasal dier cakap ngeri sangat. Bermula lar sesi tukar pendapat, yang Aie nie cakap, "giler lar, masa stay tu pastu kebelakang rasa macam jantung tertinggal". Yang Abang Faizal pulak, "abang masa tu jerit, cukup!! cukup!!, ditambah pulak dok depan dengan Aie, so lepas nie dah serik lar nak naek topgun tu, dah lar barang fun-fair stok barang karat, bila-bila masa jer tu". Kitorang tergelak besar masa tu. Abang Faizal pulak call Abang Yusri, tunggu jap dia datang situ ngan kawan dier, then kitorang lepak kat kedai mamak Original Kayu (aku nampak itu nama kedai mamak tu), berbual panjang sampai pukul 4.00 pagi, pastu sampai kat rumah nenek aku pukul 5.00 pagi, tido jap kat dalam kereta, pasal tak nak ganggu orang tido, pukul 6.00 pagi baru masuk rumah, sembahyang Subuh then sambung tido.
p/s: Dengan Garmin GPS, anda takkan sesat. Kalau tau guna lar. Hahaha...
Danke und Auf Wiedersehen

cool!!!
ReplyDeletehahahaha baru tahu penangan Topgun..lain kali try yg lain lak yg seangkatan dgn nye..hehehe
ReplyDeleteAbg Faizal: Thankz!! pastikan anda ikut blog dari masa ke semasa. Hahaha...
ReplyDeleteAbg Yusri: Tu lar, cam Abg Faizal ckp, barang² fun-fair stok karat, bler² masa jer bleh hancur. Tu yg dier dh fobia tu. Hahaha...