Minggu lepas memang agak memenatkan aku pasal kene hantar gi kursus kat KL sekali dengan officemate aku. Nak-nak pulak blier dah balik office nanti nak kena ajar orang pulak nanti, lagi ler susah sikit, sendiri pun tak ok lagi. Tapi post nie bukannyer pasal intipati kursus nie tapi pasal sedikit perkara luar jangkaan yang mengecewakan aku. Khamis tu, aku ader cakap ngan Abu Zar, ex-roomate aku masa kat Diploma kat UTM dulu, jumpa kat Times Square. Maklum lar, alang-alang dah ader kat kat KL biler lagi nak jumpa, ditambah pulak mamat nie dah nak kahwin dah (aku mesti datangnyer nanti). Nasib baik lar jumpa jugak. Cuma perkara yang mengecewakan aku pasal hajat aku yang tak kesampaian nak beli kasut skate yang paling aku nak sangat kat dunia nie, Emerica Reynolds 3. Manakan tidak, kasut nie pro-model kepada skateboarder yang pada aku dah tahap legendary pada aku, Andrew Reynolds. Yang mengecewakan tu bukan aper, 2 bulan lepas aku ader lar gak sempat belek-belek kasut tu, tapi masa tu aku beli kasut lain dulu, Reynolds 3 tu nanti dulu, next time lar. Tapi biler peluang ke KL lagi sekali muncul, last-last dah habis orang lain tolak dulu. Tanya brader kat kedai tu dier kater dalam bulan depan ader lagi. Tapi, sejauh mana aku boleh sabar nak tunggu bulan depan tu, biler lagi pulak aku gi KL plak??? Nampaknyer aku terpaksa bersabar, tapi bab nak beli kasut nie aku tak boleh nak tahan, ditambah pulak kalau dah lama survey, isk. Keluar dari kedai tu terus gi McD, OK lar dapat makan pun jadi, sambil berceloteh panjang ngan Abu, yer ler lama tak jumpa, confirm lar mesti berbual panjang. Balik ke hotel tu aku fikir sikit, takper lar save sikit duit aku, manakan tidak, dalam 5 bulan lepas dah 3 pasang kasut aku beli, so sabar jer lar ek, next time dapat lar tu. Untung lar gak boleh save duit buat modal untuk bulan depan atau beli barang lain ker. Kata orang sabar tu selalunyer ader hikmahnyer, cuma bergantung pada kita nampak atau tidak. Hahaha....
p/s: Thank you Abu pasal belanja aku McD time tu, nanti aku belanja ko ayam kunyit plak. Hahaha...
Danke und Auf Wiedersehen
Sunday, July 18, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment