Monday, January 25, 2010

West For Wishing....

Genap sudah umur aku yang ke-23. Pejam celik tak sangka dah menginjak ke alam dewasa, masa memang cepat berlalu...

Kepada sesaper yang
wish aku 22/1/2010 lepas, aku nak ucapkan bebanyak terima kasih tak kira lar secara lisan, tulisan, commento, yang bagi card dengan "kek alam maya" yang aku sendiri pun takleh nak makan atau apa-apa jer bentuk wish, aku amat menghargai tambah-tambah kepada yang ingat ternampak dan macam-macam lagi lar. Harapnyer aku dapat mengharungi hidup yang penuh mencabar ini dengan sabar. I'm really appreciated to all my mate's....

Forget the past, focus on future....

Danke und Auf Wiedersehen

Thursday, January 21, 2010

Kipas-Susah-Mati


Masuk web Liverpool FC, kat frontpage dier lagi dah kuar gambar nie. Bagi aku gambar camnie memang bermakna bagi mana-mana penyokong kelab bola, tak kira lar kelab maner korang support. Pada aku senario bola sekarang (EPL lar kan atau line Eropah), manager selalu kene pecat kalau keputusan dier mengecewakan sikit jer. Memang kalau boleh penyokong ngan kelab nak menang semua match, tapi itu ler dunia bola sepak, anything can happen. Kadang-kadang pecat manager bukan jalan terbaik, tapi mungkin jalan terbaik kalau kelab tu ambil manager world-class dan bagi result yang meyakinkan semua penyokong,

Penyokong pun bagi pengaruh penting gak pada kelab. Contohnyer; aku penah baca majalah bola yang aku pun dah tak ingat biler, komen dari Ashley Cole. Bunyinyer camnie:

"Penyokong disini bila kalah mereka akan kutuk atau mengejek kami habis-habisan. Tidak seperti di Liverpool, penyokong tetap berdiri dibelakang mereka walaupun mereka kalah..."

So dari sini pun dah nampak aper komen world-class player. Pada aku tak payah lar nak dikutuk sangat kalau dah kalah tu, pastu tak payah ler nak ejek sangat pihak penyokong lawan yang maner kalau kelab favourite diorang kalah, sikit-sikit bleh lar ek, jangan jadi cam Final Champions League tahun lepas, penyokong Barca kena kitai ngan penyokong MU sampai masuk akhbar. Secara ringkas tak perlu melampau-lampau sangat.

p/s: Aku tak anti mana-mana kelab bola, yang penting main lawa, kalau kalah tapi main lawa pun aku dah puas hati. Semua kelab bola aku layan yang penting gol banyak dan menghiburkan aku....

Danke und Auf Wiedersehen

Seronok dalam sakit

Kadang-kadang sakit tu boleh bagi keseronokan, bagi aku lar. Yer lar, sesetengah orang tu terlalu excited sampai sakit pon dah tak kisah sangat. Citernyer gini:

Masa sekolah dulu time form 5, baru nak berjinak-jinak dalam skateboard. Yer lar mana tak nyer, nak try sesuatu yang lain dari laen (Thankz Azim pasal ajak ngan ajar aku menyelami dunia skate nie, ader masa maen jom). Mula-mula tu nak main tu dah ler kene belajar balance atas skate, tu pon amek masa gak, blom tambah lagi nak ollie (melompat dalam bahasa skate). Nak jadi citer skate time tu pon tak beli lagi, pinjam lar dengan kawan-kawan yang ader, tapi lama-lama jadi segan lak. So, kene lar kumpul duit untuk beli 1 skateboard tu, walaupun harga 1 skate tu menghampiri RM400, tu pon belom lagi termasuk kasut dier lagi, tapi kasut dier tu nanti lar dulu. Agak lama lar jugak nak kumpul duit beli barang skate. mana tak nyer, mak bapak bagi duit tapi sanggup tahan lapar semata-mata sepapan skateboard tu. 4 bulan kemudian dapat lar beli skateboard walaupun barang dier aku beli dengan kawan-kawan yang dah tak maen dah. Barang second pon jadilah asal ader. Selama maen nie aku teringat ader sekali tu aku hampir patah kaki. Time tu aku maen flat Kg. Pulai, dier punyer 3 stairs (3 anak tangga) buat aku terasa nak melompat, agak tinggi sikit lar anak tangga tu. Ader sekali aku buat indy grab tetiba terjatuh kaki dah hampir terpele'ot ke belakang, dah terasa nak patah dah time tu. Aku rase shock time tu, pastu aku rilek-rilek sekejap, pastu sambung maen balek dan aku berjaya nail trick tu. Semenjak tu, aku lebih berhati-hati kalo nak maen gap
(terjun-menerjun dengan skate, tak kisah kat tangga atau kat curb, yang penting boleh terjun). Kirenyer pengalaman nie boleh membuatkan aku lebih berhati-hati masa maen skate supaya aku tak injured teruk.

Bukan setakat tu jer, penah gak maen futsal dulu penah hampir patah jari, yer lar dipaksa maen jadi keeper walaupun tak nak jadi. Ader sekali tu aku memang nak sangat save bola tu sampai dah jatuh tu aku bangun balik tapi kali nie Nuar tu rembat bola betul-betul kuat kat depan aku, aku try tahan tapi kali nie kene hujung jari terdengar bunyi "prakk!!!", nak patah ker terkehel ker aku pon tak tau. Tapi masa tu memang sakit sangat, so kene keluar dulu. Habis futsal kawan aku suruh gi hospital check tapi aku kater takper. Selama 2 minggu jari hantu ngan jari manis tegak jer. Nak gerakkan sakit, tapi gerakkan sikit-sikit jer lar. Masuk minggu ketiga dah ok jari aku pastu maen balek. Lepas dari kejadian tu aku kene jadi keeper gak, kalau takder orang laen, tapi endingnyer aku jugak kene keeper sampai sekarang. Biasa lar jadi keeper kene sepak kat perut, sepak kat muka sampai mulut berdarah, kene langgar dan macam-macam lagi lar. Tapi yang jadi seronok tu biler dapat pujian hasil save
bola dari masuk gol cam gila. Lagi seronok biler tengok pihak lawan makin buntu nak gol-kan camner lagi sampai diorang dah takder idea. Tapi seboleh-bolehnyer elak lar dari injury.

Beringat sebelum terkena....

Danke und Auf Wiedersehen

Thursday, January 14, 2010

10553, 31, 22, 14, 4 = Xabi Alonso

Seperti mana yang korang tau aper yang dah jadi ngan Liverpool sekarang nie memang lar prestasi yang dah makin tak menentu. Lebih-lebih lagi aku dengar radio pagi tadi Liverpool kalah FA Cup ngan pasukan yang suka menelaah buku tak lain tak bukan Reading F.C. Memang agak menyakitkan hati aku gak lar dengar berita tu disebalik dapat beli Maxi Rodriguez dengan free transfer walaupun patutnyer pemain taraf dier tu patut harga dalam £15 million (pada hemat aku lar). Pada aku, prestasi yang tak menentu nie mungkin sekali berpunca dari Rafa Benitez jual Xabi Alonso, yang mana pemain nie jadi penyebab aku sokong Liverpool. Bukan aper, dier punyer long-pass dier tu paling best penah aku tengok ngan long-shoot yang amat deras sampai masa EURO 2008 aku ingat Antonis Nikopolidis (goalie Greek) terlanggar tiang pasal nak selamatkan bola walaupun bola tu tak masuk. Sebut pasal Alonso nie, semua nombor yang dier pakai memang ader sikit jer kene-mengena ngan aku (ala skit jer, tak banyak pon). Contohnyer....





10553: 1+0+5+5+3=14
Dimana 10553 nie no. kad matrik aku kerja kat UTM...

31: 3+1=4
31 nie sebenarnyer no. Bastian Schweinsteiger, no. yang dier pakai kat Bayern Munich dari dulu sampai sekarang, 31 nie gak stands for 31 August, tau kan hari aper...

22: 2+2=4
No. yang dier pakai sekarang kat Real Madrid, jugak no. tarikh lahir aku. Huhuhu...

14: ????
No komen, kalo tambah nanti jadi 5 pulak. Tapi nie no. yang dipakai masa kat Liverpool dimana no. nie masih belum ader lagi player Liverpool pakai lepas dier, saper tau kalo Guti kuar mungkin dier plak pakai no. nie...

4: 4 lar
No. yang dier pakai masa kat Real Sociedad. Ader sikit citer disebalik no. nie. Masa aku interview tahun 2008 keje kat UTM dulu ader panel tanya...

Panel 1: Khairul Fadhli, tadi saya tengok awak tengok pandang sekiling calon kat sini. Agak -agak awak siapa 5 orang yang terpilih???

Aku: ??? (Terpinga seketika). No. 2, No. 5.....

Panel 2: (Menyampuk) Ooo, ikot kedudukan kerusi....

Aku: No. 9...

Panel 2: (Menyampuk lagi) Tak calon diri sendiri ker....

Aku: Haha. No. 4(No. kerusi aku duduk), ngan No. 7...

Selesai interview tu aku terus blah. Tak harap sangat pon dapat keje pasal niat nak belajar tu masih menebal. Nak jadi citer aku tak dapat further study kat UTM, tapi dapat keje kat UTM plak. Aku pon keje lar kat situ walaupun aku terpaksa menolak tawaran dari Twintech yang mana lagi 2 hari nak ke sana dah. Selama 3 bulan plak keje kat situ, ader jamuan hari raya, nak jadi citer no. aku naek dapat hadiah cabutan bertuah, diamana no. tu adalah no. 4 (gembira aku time tu). Lepas dari tu no. 4 dah jadi favourite aku, kalo tengok World-Class midfielder pun ramai pakai no. 4 cam Cesc Fabregas ngan Steven Gerrard (no. dier pakai kat England).

Sebenarnyer takder lar aper sangat aku wat entry nie, aku pun dah hampir kekeringan idea, tetiba jer keluar idea aku nak wat entry camnie. Senang citer saja suka-suka atau korang pon bleh contribute idea korang nanti aku bleh wat entry kat blog aku nie.....

Danke und Auf Wiedersehen



Thursday, January 7, 2010

2010....

Setiap kali tahun baru perkara 1st sekali selalu orang tanyer, "aper azam ko tahun nie??". Aku sendiri pun tak bleh nak bagi jawapan yang spesifik. Walaupun hari nie dah 8 Januari 2010, ader gak orang yang tanyer soalan camnie kat aku. Tapi jawapan aku selalu nyer "entah". Bukan aper, takut kalo berazam bagai nak terbakar cipta ayat tu tapi azam tu tak dapat dicapai. So kalo ader yang tanyer lagi soalan tu kat aku, jawapan aku ini:

Dalam hidup nie, aku cuma nak apa yang aku nak.
Cinta siapa yang aku cinta.

So pandai² korang pikir ayat tu. Sem baru pon dah start, so aku takleh lagi belajar maen² cam tahun lepas. Ironic-nyer aku masih lagi belajar maen² cam tahun lepas. Hahaha.....

Wake up and it's time to make a move......
Stop dreaming, start something......

Danke und Auf Wiedersehen

It's Been A While....

Agak lama lar gak aku tak update blog aku, lebih kurang 2 bulan ler gak. Mana tak nyer, bleh dikatakan dalam bulan 11 ngan 12 tahun lepas masa aku agak pack dengan final year exam, over-time, hangout ngan kengkawan atau aper² jer lar yang menyibukkan aku. Tapi dalam sibuk² tu sempat lar jugak aku jumpa ex-roomate aku masa 3rd year, sape lg kalo bukan Abu Dzar Kassim. Masa tu bleh dikatakan silap aku lar gak, esok kursus aku nak habeh malam tu baru cakap yang aku dah ader kat KL, padahal aku dah ader kat KL 3 hari dah. Tapi esok nyer tu jumpa jugak. Thankz Abu sebab datang gak ko masa tu even jauh dari tempat keje ko.

Tengah pulak berkejar plak aku pasal aku nak ikot tengok kakak sedara aku bertunang kat Penang, yer lar bler lg aku nak jumpa kan. So, tahniah ar Kak Suraya, sebab majlis tu berjalan lancar. Malam tu plak kitorang semua kuar makan angin kat Pulau Pinang plak. Pastu esokknyer plak aku kene balek JB plak pasal esok keje wei. Hahaha...

Danke und Auf Wiedersehen

Friday, November 20, 2009

Bila Janji Dimungkiri

Apa tu janji?? Janji ialah pernyataan kesediaan untuk berbuat atau memberi sesuatu yang biasanya mesti tunaikan. Pada kaum lelaki mahupun wanita mesti pernah maen futsal. Yang mana sebelum nak maen nie mesti kene set tempat, pihak lawan dan masa. Itu sudah jadi satu kemestian. Kalau datang lambat sikit tu biasa lar kan, tak kisah start maen lambat, janji datang. Apa yang aku nak post nie ialah apa yang terjadi team aku yang dah set nak maen futsal 3 hari lepas. Pukul 3 petang tu aku dapat mesej dari Anuar, ajak aku maen futsal kul 10 p.m kat Kulai. Macam biasa, pasal futsal aku takkan pikir 2 kali, terus aku mesej time tu gak yang aku set maen. Pukul 9.30 p.m tu kitorang dah bertolak ke Kulai, sampai pukul 9.50 p.m, yer lar nak cepat kene lar bawak keter laju. Sampai jer dah jumpa lar ngan teamate, nak jadi cter salah sorang teamate aku, Mamat kitorang panggil, kawan kat keje dier yang ajak. Dier kater kawan dier ler yang set kan tempat ngan masa. Dah jadi lumrah saper yang sampai cepat kene ler tunggu. Tapi memang betul kater orang, "Penatian Itu Satu Penyeksaan", tapi tak seksa lar pada yang penyabar. Sementara tunggu nie kitorang try contact kawan Mamat nie, tapi call dah berkali-kali tak angkat. Memang angin gak lar, ye ler dah sampai dlu tapi call angkat. Kitorangg try ler mengagak, budak nie tempah padang ker tak?? Jumper ngan orang yang jaga padang tu, check lar name yang menempah padang tu, check punyer check takder nama kawan Mamat yang tempah. Pastu kitorang pon plan balek rumah jer lar kalau camnie. Sebelum balek tu, GusDur (teamate) aku, melawak kasaq skit.

GusDur: Mamat, esok ko cakap ngan dier kite putus kawan. Pastu ko langgar jer....

Mamat: Hahaha....

Kitorang pon gelak lar skit-skit. On the way balek tu, aku ngan menyumpah seranah kawan Mamat tu. Yer lar datang dengan semangat nak maen, lasat-last tak datang dalam keadaan call tak angkat. On the balek tu, aku ngan Anuar gi makan kat Raja Burger sebelah Petronas Skudai. Duit maen futsal diganti dengan makan. OK ler tu....

Danke und Auf Wiedersehen